Sunday, May 29, 2011

Miss Malaysia World 1977 - Christine Lim.

as available at http://arkibnegara.blogspot.com/2011/02/miss-malaysia-christina-lim-1980.html and thank you to Amir Irwan Estrada for the recommendation.





Di sebelah ialah gambar Christina Lim pada 1980. Beliau pernah memenangi pertandingan Miss Malaysia-World pada 1977, iaitu selepas Cik Putih Naziauddin. Kemenangan tersebut melayakkan Christina menerima hadiah berupa sebuah keretaberjenama Datsun yang ditaja oleh syarikat Tan Chong & Sons. Hadiah lain yang diterimanya ialah wang tunai sebanyak $1000, barangan elektrik, barangan mekap dan beberapa helai pakaian. Selepas itu Christina telah menyertai pertandinganMiss World 1977 di Royal Albert Hall, London, tetapi nasibnya sama seperti Cik Putih yang diarahkan menarik diri daripada pertandingan itu sebagai tanda protesterhadap dasar aparteid (diskriminasi bangsa) oleh negara Afrika Selatanyang menghantar peserta berkulit putih. Hasil boikot banyak negara termasuk Malaysia pada 1976 & 1977 telah menyebabkan penganjur Miss World tahun seterusnya tidak lagi menerima peserta Afrika Selatan sehinggalah tamatnya era aparteid pada 1991.


Christina telah menjual kereta Datsun yang diterimanya tidak lama kemudian kerana sudah mempunyai kereta lain milik keluarganya. Beliau kemudiannya terus menjadi peragawati sambilan, dan pada 1979 telah menyertai kursusbermain organ di England selama 6 bulan atas cadangan keluarganya yang melihat kerjaya peragawati tidak menjanjikan pendapatan tetap. Dengan kelulusan yang diperolehinya, Christina meninggalkan bidang peragawati dan mula bekerja secara tetap sebagai guru organ dengan syarikat Yamaha.

No comments:

Post a Comment